alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi krn memberikan mood tok aku tulis tentang Ulum Hadith..semoga ramai yang dapat manfaat...
apa itu Ulum hadith??
Ulum Hadith ni adalah ilmu yang mengkaji keadaan sanad dan matan sama ada di terima hadith itu atau di tolak.
sanad : rangkaian perawi
matan: kata-kata dalam hadith itu sama ada dari Rasulullah atau Sahabat atau Tabi'in.
di Terima: hadith yang cukup syarat hadith sohih dan hasan
di Tolak: hadith yang tidak cukup syarat hadith sohih dan hasan iaitu hadith Dhaif.
bahagian-bahagian dalam ilmu Ulum Hadith
1. isu-isu umum (قضايا عامة)
seperti sejarah ilmu ulum hadith dan pembukuannya, sejarah ilmu hadith dan pembukuannya, kehujjahan hadith, dan sebagainya yang berkaitan dengan perkara umum.
2. sanad (سند)
a. Ma'rifah al-Sahabah: mengenali sahabat
- sahabat ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w sebagai seorang muslim dan meninggal dunia dalam keadaan beriman walaupun keislamannya itu diselangi dengan kemurtadan. (pendapat yang sahih)
- ilmu ini penting untuk membezakan antara hadith muttasil (bersambung) dan mursal (gugur).
- sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith ialah Abu Hurairah sebanyak 5374.
- al-'Abadilah ialah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin al-Zubair dan Abdullah bin Amar bin al-Ash.
- sahabat terakhir meninggal dunia ialah Abu al-Tufail 'Amir bin Wathilah al-Laithi 100H..yang meninggal sebelum beliau ialah Anas bin Malik 93H.
b. Ma'rifah al-Tabi'in: mengenali Tabi'in
- Tabi'in ialah orang yang menemui seorang sahabat dan meninggal dunia dalam keadaan Islam.
- Mukhadhramun ialah orang yang berada di zaman jihiliah, sezaman dengan Rasulullah s.a.w., memeluk Islam tetapi tidak sempat berjumpa dengan baginda. Mukhadhramun ialah Tabi'in (pendapat sahih).
- Tabi'in yang paling mulia: Sa'id bin al-Musayyab. (penduduk Madinah). Uwais al-Qarni (penduduk Kufah), al-Hasan al-Basri (penduduk Basrah).
- Tabi'iyyat paling utama: Hafsah binti Sirin dan Amrah binti Abdul Rahman (pndpt Abu Bakar bin Abu Daud). kemudian diikuti oleh Ummu al-Darda'.
* ilmu yang berkaitan dengan sanad sangat banyak saya akan senaraikan sebanyak 21 insya Allah...baca sket2 agar tidak bosan*...
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

9/30/2011
8/15/2011
kandungan kitab
Kitab ini mempunyai 7 bab utama yang mana setiap bab terdapat tajuk-tajuk kecil yang berkaitan.
Antara yang diulas ialah:
Bab 1 Fi al-Ta’rif al-‘Am bi mustalah al-Hadith
Bab ini membincangkan tentang takrif secara am bagi mustalah hadith (قضايا عامة) seperti permulaan ilmu Mustalah hadith, sahabat yang memulakan ilmu riwayat hadith, riwayah dan dirayah dalam ilmu hadith, ta’rif yang terdapat dalam ilmu hadith (al-hadith, al-khabar, al-sunnah, al-athar, serta contoh bagi ta’rif ini), tujuan dan kesan ilmu Mustalah dalam menjaga agama. Dalam bab ini penulis membahagikan 7 tajuk kecil iaitu
1. Menyebaran pada zaman sahabat sekadar keperluannya.
2. Penyempuranaan, penemuan perkara penting.
3. Pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
4. Zaman menyusun dan pembukuan al-Mustalah.
5. Kematangan dan penyempurnaan dalam pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
6. Kemelesetan dan taklid.
7. Senarai penulisan.
Bab 2 Fi ‘Ulum Ruwah al-Hadith
Bab ini lebih kepada apa yang berkaitan dengan sanad (ما يتعلق بالسند)
Terbahagi kepada 2 fasal iaitu
Fasal pertama ialah mengenal keadaan rawi iaitu sifat rawi sama ada diterima atau ditolak, al-Jarah wa al-Ta’dil, sahabat r.a., kethiqahan dan kedha’ifan, syarat penerimaan, al-Wahdan dan tak’rifnya dan al-Mudallisun.
Fasal kedua ialah sejarah tentang perawi iaitu sejarahnya, tabaqat rawi, al-Tabi’un, Atba’ al-Tabi’in, al-Ikhwah dan al-Akhawat, al-Mudbaj wa riwayat al-Aqran, al-Akabir al-ruwah ‘an al-Sabghir, al-Sabiq wa al-Lahiq, riwayat ayah daripada anak dan riwayat anak dariapa ayah. Fasal ini juga membahaskan tentang nama-nama perawi.
Bab 3 Fi ‘Ulum Riwayah al-Hadith
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (قضايا عامة)
Antara yang dibincangkan ialah Adab Talib al-Hadith, Adab Muhaddith, Kaifiyah Sima’ al-Hadith, sifat riwayat al-Hadith dan Kitab al-Hadith.
Bab 4 Fi ‘Ulum al-Hadith min haithu al-Qabul aw al-Rad
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا).
Bab ini terbahagi kepada dua fasal iaitu
Fasal pertama ialah pembahagian hadith yang diterima seperti sahih dan hasan.
Fasal kedua ialah hadith yang ditolak iaitu dha’if, matruk, matruh dan hadith mawdu’.
Bab 5 Fi ‘Ulum al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada matan (ما يتعلق بالمتن)
Bab ini terbahagi kepada dua fasal juga iaitu
Fasal pertama membincangkan tentang hadith al-Qudsi, hadith al-Marfu’, al-Mawquf dan al-Maqta’.
Fasal kedua pula membincangkan tentang gharib al-Hadith, sebab wurud hadith, Nasikh dan Mansukh, Mukhtalif al-Hadith dan Muhkam al-Hadith.
Bab 6 fi ‘Ulum al-Sanad

Terbahagi kepada dua fasal iaitu fasal pertama membincangkan tentang sanad yang bersambung dan fasal kedua membincangkan tentang sanad yang terputus.
Bab 7 Fi ‘Ulum al-Musytarikah baina al-Sanad wa al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada apa yang berkaitan dengan sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا)
Ia terbahagi kepada tiga fasal iaitu:
Fasal pertama tentang hadith yang diriwayatkan oleh seorang rawi pada setiap tabaqat iaitu al-gharib dan al-Ifrad.
Fasal kedua ialah tentang hadith yang diriwayatkan lebih daripada seorang rawi setiap tabaqat seperti al-Mutawatir, al-Masyhur, al-Mustafid, al-‘Aziz dan al-Tabi’ wa al-Syahid.
Fasal ketiga membincangkan mengenai perbezaan periwayatan hadith iaitu ziyadat al-Thiqat, syaz wa al-Mahfuz, al-Munkar wa al-Ma’ruf, al-Mudtarib, al-Maqlub, al-Mudraj, al-Musahhaf dan al-Mu’al.
Akhir sekali al-Khatimah, pengarang membuat kesimpulan secara umu tentang perbahasan dalam kitab ini.
*mungkin byk istilah dalam ni ramai yang tak penah dengar...post seterusnya saya akan cuba terangkan sedikit maksud istilah-istilah dalam kajian ulum Hadith nie...insya Allah... semoga bermanfaat..aminnn...

8/12/2011
kajian Ulum Hadith
Alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah s.w.t. izinkan aku mengkaji kitab Ulum Hadith time sem 2 yang lepas....untuk refresh balik tentang kitab tu,aku rasa lebih baik aku kongsi kat orang skali...semoga ilmu ini diberkati Allah s.w.t...
Kitab ini dinamakan manhaj al-Naqdi fi ‘Ulum al-Hadith منهج النقد في علوم الحديث yang dikarang oleh Dr. Nur al-Din ‘Itir.
Dr. Nuruddin ‘Itir
Nama sebenar beliau ialah Nuruddin Muhammad Hasan ‘Itir (الدكتور الدين محمد حسن عتر) . Beliau dilahirkan di Aleppo (حلب) pada tahun 1937.
Beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1958, dan mendapat gelaran doktor di Universiti al-Azhar pada tahun 1964 dalam aliran Tafsir dan Hadith. Kemudian beliau berkerja di Universiti Islam Madinah pada tahun 1965 sehingga 1966 dan di fakulti syariah Universiti Damsyik pada tahun 1967 sehingga 2002.
Beliau wafat pada umur 70 tahun kerana serangan kanser. Beliau jatuh dan koma pada 10 Muharram 1428 H dan dipastikan meninggal serta disolatkan jenazah pada 13 Muharram 1428 H bersamaan 3 Januari 2007 dan dikebumikan di perkuburan Baqi’.
Karya beliau ialah:
1. الإمام الترمزي والموازنة بين جامعه وبين المحيحين.
2. منهج النقد في علوم الحديث.
3. اعلام الاثام شرح بلوغ المرام من أحاديث الأحكام
4. معجم المصطلحات.
5. أصول الجرح والتعديل.
6. السنة المطهرة والحديات.
kandungan kitab ini akan disambungkan pada post akan datang insya Allah....semoga bermanfaat kepada pembaca....
- to be continue -

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)