8/15/2011

kandungan kitab

Kitab ini mempunyai 7 bab utama yang mana setiap bab terdapat tajuk-tajuk kecil yang berkaitan.
Antara yang diulas ialah:
Bab 1 Fi al-Ta’rif al-‘Am bi mustalah al-Hadith
Bab ini membincangkan tentang takrif secara am bagi mustalah hadith (قضايا عامة) seperti permulaan ilmu Mustalah hadith, sahabat yang memulakan ilmu riwayat hadith, riwayah dan dirayah dalam ilmu hadith, ta’rif yang terdapat dalam ilmu hadith (al-hadith, al-khabar, al-sunnah, al-athar, serta contoh bagi ta’rif ini), tujuan dan kesan ilmu Mustalah dalam menjaga agama. Dalam bab ini penulis membahagikan 7 tajuk kecil iaitu
1. Menyebaran pada zaman sahabat sekadar keperluannya.
2. Penyempuranaan, penemuan perkara penting.
3. Pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
4. Zaman menyusun dan pembukuan al-Mustalah.
5. Kematangan dan penyempurnaan dalam pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
6. Kemelesetan dan taklid.
7. Senarai penulisan.



Bab 2 Fi ‘Ulum Ruwah al-Hadith
Bab ini lebih kepada apa yang berkaitan dengan sanad (ما يتعلق بالسند)
Terbahagi kepada 2 fasal iaitu
Fasal pertama ialah mengenal keadaan rawi iaitu sifat rawi sama ada diterima atau ditolak, al-Jarah wa al-Ta’dil, sahabat r.a., kethiqahan dan kedha’ifan, syarat penerimaan, al-Wahdan dan tak’rifnya dan al-Mudallisun.
Fasal kedua ialah sejarah tentang perawi iaitu sejarahnya, tabaqat rawi, al-Tabi’un, Atba’ al-Tabi’in, al-Ikhwah dan al-Akhawat, al-Mudbaj wa riwayat al-Aqran, al-Akabir al-ruwah ‘an al-Sabghir, al-Sabiq wa al-Lahiq, riwayat ayah daripada anak dan riwayat anak dariapa ayah. Fasal ini juga membahaskan tentang nama-nama perawi.

Bab 3 Fi ‘Ulum Riwayah al-Hadith
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (قضايا عامة)
Antara yang dibincangkan ialah Adab Talib al-Hadith, Adab Muhaddith, Kaifiyah Sima’ al-Hadith, sifat riwayat al-Hadith dan Kitab al-Hadith.

Bab 4 Fi ‘Ulum al-Hadith min haithu al-Qabul aw al-Rad
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا).
Bab ini terbahagi kepada dua fasal iaitu
Fasal pertama ialah pembahagian hadith yang diterima seperti sahih dan hasan.
Fasal kedua ialah hadith yang ditolak iaitu dha’if, matruk, matruh dan hadith mawdu’.

Bab 5 Fi ‘Ulum al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada matan (ما يتعلق بالمتن)
Bab ini terbahagi kepada dua fasal juga iaitu
Fasal pertama membincangkan tentang hadith al-Qudsi, hadith al-Marfu’, al-Mawquf dan al-Maqta’.
Fasal kedua pula membincangkan tentang gharib al-Hadith, sebab wurud hadith, Nasikh dan Mansukh, Mukhtalif al-Hadith dan Muhkam al-Hadith.

Bab 6 fi ‘Ulum al-Sanad
Bab ini lebih kepada apa yang berkaitan dengan sanad (ما يتعلق بالسند)
Terbahagi kepada dua fasal iaitu fasal pertama membincangkan tentang sanad yang bersambung dan fasal kedua membincangkan tentang sanad yang terputus.

Bab 7 Fi ‘Ulum al-Musytarikah baina al-Sanad wa al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada apa yang berkaitan dengan sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا)
Ia terbahagi kepada tiga fasal iaitu:
Fasal pertama tentang hadith yang diriwayatkan oleh seorang rawi pada setiap tabaqat iaitu al-gharib dan al-Ifrad.
Fasal kedua ialah tentang hadith yang diriwayatkan lebih daripada seorang rawi setiap tabaqat seperti al-Mutawatir, al-Masyhur, al-Mustafid, al-‘Aziz dan al-Tabi’ wa al-Syahid.
Fasal ketiga membincangkan mengenai perbezaan periwayatan hadith iaitu ziyadat al-Thiqat, syaz wa al-Mahfuz, al-Munkar wa al-Ma’ruf, al-Mudtarib, al-Maqlub, al-Mudraj, al-Musahhaf dan al-Mu’al.

Akhir sekali al-Khatimah, pengarang membuat kesimpulan secara umu tentang perbahasan dalam kitab ini.

*mungkin byk istilah dalam ni ramai yang tak penah dengar...post seterusnya saya akan cuba terangkan sedikit maksud istilah-istilah dalam kajian ulum Hadith nie...insya Allah... semoga bermanfaat..aminnn...

No comments:

Post a Comment