Alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah s.w.t. izinkan aku mengkaji kitab Ulum Hadith time sem 2 yang lepas....untuk refresh balik tentang kitab tu,aku rasa lebih baik aku kongsi kat orang skali...semoga ilmu ini diberkati Allah s.w.t...
Kitab ini dinamakan manhaj al-Naqdi fi ‘Ulum al-Hadith منهج النقد في علوم الحديث yang dikarang oleh Dr. Nur al-Din ‘Itir.
Dr. Nuruddin ‘Itir
Nama sebenar beliau ialah Nuruddin Muhammad Hasan ‘Itir (الدكتور الدين محمد حسن عتر) . Beliau dilahirkan di Aleppo (حلب) pada tahun 1937.
Beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1958, dan mendapat gelaran doktor di Universiti al-Azhar pada tahun 1964 dalam aliran Tafsir dan Hadith. Kemudian beliau berkerja di Universiti Islam Madinah pada tahun 1965 sehingga 1966 dan di fakulti syariah Universiti Damsyik pada tahun 1967 sehingga 2002.
Beliau wafat pada umur 70 tahun kerana serangan kanser. Beliau jatuh dan koma pada 10 Muharram 1428 H dan dipastikan meninggal serta disolatkan jenazah pada 13 Muharram 1428 H bersamaan 3 Januari 2007 dan dikebumikan di perkuburan Baqi’.
Karya beliau ialah:
1. الإمام الترمزي والموازنة بين جامعه وبين المحيحين.
2. منهج النقد في علوم الحديث.
3. اعلام الاثام شرح بلوغ المرام من أحاديث الأحكام
4. معجم المصطلحات.
5. أصول الجرح والتعديل.
6. السنة المطهرة والحديات.
kandungan kitab ini akan disambungkan pada post akan datang insya Allah....semoga bermanfaat kepada pembaca....
- to be continue -
No comments:
Post a Comment