da byk hari x update..ingat nak update psl menjahit n ulum hadith tapi KEMALASAN datang terus xjadi...hehehe...xpe la nak cite la sikit aktiviti time Ramadhan kt Thailand...
setelah 10 thun aku tgu,alhamdulillah dpt la smbt Ramadhan kt umh tercinta nie...ingt nk besarkan bdn sikit sb byk mknn yg disukai...tapi bile timbang,hampeh gak la,makin turun plak berat aku..adoyai
setiap kali Ramadhan,mak n ayh akan niaga kurma kt depan umah...maka dengan itu diistiharkan bahawa aku kena la niaga kurma tahun nie...hahaha....
mase awl2 Ramadhan, kena buka gerai awal sket...sb rmi yg akan mencari kurma tok dimakan kan..aku ni da la mls nk bgn awl,kdg2 g awl, kdg2 g lmbt..suke ati je kan...biasa la pemalas..truk3...heee
tapi bile da akhir Ramadhan,rmi org akn kuar cari lauk time petang,jadi ktorang pun bka gerai pas zohor...hahaha..mmg suka la aku,blh tido lebih sket..anak dara2...hehehe... tapi yg paling penat sejak minggu lepas,org yang tolong jaga Ilham kena g Bangkok, maka dgn itu diistiharkan aku gn mak kena jaga baby sambil niaga la...hehehe
cube la bygkan,baby tu berat 8.7kg..die punya perangai suka org dokong n bw jalan2..kalo duduk kejap je menjerit...mcm mane la aku nk gemuk,dok dokong die setiap hari dgn krenah cm tu...hehehe...geram2 tpi syg jugak...nnti blik UKM mesti rindu kt die...
semalam gn hari nie hujan sangat2 lebat,dengan angin yg kuat skali...mmg mencabar peniaga2 sume.. semalam mak yg jaga kedai,aku jga Ilham kt umah,die tido je,suka giler aku...hehehe..tapi yg menguji aku ialah, die cirit birit...kena tukar pampers bpe kali ntah..sian kt die...tpi sian kat aku gak kena dokong die g basuh..berat giler..setiap kali nak angkat die,aku mcm tgh men tehwando "iyaaaaakkk"....hihihi...
hari nie mmg ujian bsr kt aku,langit da mula gelap gila,aku da mule cuak da..aku jaga gerai sorang,mak g bandar gn ayah...tibe2 angin n hjn turun terus lebat,menggelabah aku susun kurma n tutup dgn plstik xnk bg bsh...kemah goyang n payung besar terbalik, aku xdpt nk wat pe,ape yg penting time tu aku kena tutup kurma elok2,dgn angin yg kuat mmg menguji giler...akhirnye kurma dpt diselamatkan tapi ape yg xdpt diselamatkan ialah aku la yg bsh kuyup,mcm men hujan pulak..dok dlm kemah je pon..mmg angin kuat giler tpi aku rase angin time aku kt DQ lgi kuat kot..hahaha...
lame jugak hujan xnk berenti,terpaksa la aku tahan sejuk dlm keadaan bsh kuyup dok dlm kemah tu..tpi Tuhan Maha Pemurah..bile hujan da mule renyai sket ade org datang bli kurma n manis tok buka pose..alhamdulillah...tgu smpi lps asar br mak blik,lps mak slt br la aku dpt g tukar baju yg bsh tu...da lame xmen hjn,mgkn sb tu kot Allah nk bg men...hehehe..
ptg tadi pkck yg dok kt bangkok balik,die datang buka pose kt umh skali..mmg rmi la rini buka skali..abg n kakak ipar cukup sume tambah gn spupuku yg kecik2 mmg meriah smpi nasi xckup..mgkn sb hujan jadi sume lapar...mangsa basuh pinggan spe lagi kan...hehehe...
aku pun makan dua pinggan rini,kenyang giler..nseb bek lrt lagi nk g terawih...tpi bile balik terawih mkn lagi...makan...makan...makan..tapi xgemuk2...
tu la sedikit kisah time Ramadhan kali nie....byk pengalaman baru n pengajaran....
8/27/2011
8/15/2011
kandungan kitab
Kitab ini mempunyai 7 bab utama yang mana setiap bab terdapat tajuk-tajuk kecil yang berkaitan.
Antara yang diulas ialah:
Bab 1 Fi al-Ta’rif al-‘Am bi mustalah al-Hadith
Bab ini membincangkan tentang takrif secara am bagi mustalah hadith (قضايا عامة) seperti permulaan ilmu Mustalah hadith, sahabat yang memulakan ilmu riwayat hadith, riwayah dan dirayah dalam ilmu hadith, ta’rif yang terdapat dalam ilmu hadith (al-hadith, al-khabar, al-sunnah, al-athar, serta contoh bagi ta’rif ini), tujuan dan kesan ilmu Mustalah dalam menjaga agama. Dalam bab ini penulis membahagikan 7 tajuk kecil iaitu
1. Menyebaran pada zaman sahabat sekadar keperluannya.
2. Penyempuranaan, penemuan perkara penting.
3. Pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
4. Zaman menyusun dan pembukuan al-Mustalah.
5. Kematangan dan penyempurnaan dalam pembukuan ‘Ulum al-Hadith.
6. Kemelesetan dan taklid.
7. Senarai penulisan.
Bab 2 Fi ‘Ulum Ruwah al-Hadith
Bab ini lebih kepada apa yang berkaitan dengan sanad (ما يتعلق بالسند)
Terbahagi kepada 2 fasal iaitu
Fasal pertama ialah mengenal keadaan rawi iaitu sifat rawi sama ada diterima atau ditolak, al-Jarah wa al-Ta’dil, sahabat r.a., kethiqahan dan kedha’ifan, syarat penerimaan, al-Wahdan dan tak’rifnya dan al-Mudallisun.
Fasal kedua ialah sejarah tentang perawi iaitu sejarahnya, tabaqat rawi, al-Tabi’un, Atba’ al-Tabi’in, al-Ikhwah dan al-Akhawat, al-Mudbaj wa riwayat al-Aqran, al-Akabir al-ruwah ‘an al-Sabghir, al-Sabiq wa al-Lahiq, riwayat ayah daripada anak dan riwayat anak dariapa ayah. Fasal ini juga membahaskan tentang nama-nama perawi.
Bab 3 Fi ‘Ulum Riwayah al-Hadith
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (قضايا عامة)
Antara yang dibincangkan ialah Adab Talib al-Hadith, Adab Muhaddith, Kaifiyah Sima’ al-Hadith, sifat riwayat al-Hadith dan Kitab al-Hadith.
Bab 4 Fi ‘Ulum al-Hadith min haithu al-Qabul aw al-Rad
Bab ini lebih kepada sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا).
Bab ini terbahagi kepada dua fasal iaitu
Fasal pertama ialah pembahagian hadith yang diterima seperti sahih dan hasan.
Fasal kedua ialah hadith yang ditolak iaitu dha’if, matruk, matruh dan hadith mawdu’.
Bab 5 Fi ‘Ulum al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada matan (ما يتعلق بالمتن)
Bab ini terbahagi kepada dua fasal juga iaitu
Fasal pertama membincangkan tentang hadith al-Qudsi, hadith al-Marfu’, al-Mawquf dan al-Maqta’.
Fasal kedua pula membincangkan tentang gharib al-Hadith, sebab wurud hadith, Nasikh dan Mansukh, Mukhtalif al-Hadith dan Muhkam al-Hadith.
Bab 6 fi ‘Ulum al-Sanad

Terbahagi kepada dua fasal iaitu fasal pertama membincangkan tentang sanad yang bersambung dan fasal kedua membincangkan tentang sanad yang terputus.
Bab 7 Fi ‘Ulum al-Musytarikah baina al-Sanad wa al-Matan
Bab ini lebih cenderung kepada apa yang berkaitan dengan sanad dan matan (ما يتعلق بالسند والمتن معا)
Ia terbahagi kepada tiga fasal iaitu:
Fasal pertama tentang hadith yang diriwayatkan oleh seorang rawi pada setiap tabaqat iaitu al-gharib dan al-Ifrad.
Fasal kedua ialah tentang hadith yang diriwayatkan lebih daripada seorang rawi setiap tabaqat seperti al-Mutawatir, al-Masyhur, al-Mustafid, al-‘Aziz dan al-Tabi’ wa al-Syahid.
Fasal ketiga membincangkan mengenai perbezaan periwayatan hadith iaitu ziyadat al-Thiqat, syaz wa al-Mahfuz, al-Munkar wa al-Ma’ruf, al-Mudtarib, al-Maqlub, al-Mudraj, al-Musahhaf dan al-Mu’al.
Akhir sekali al-Khatimah, pengarang membuat kesimpulan secara umu tentang perbahasan dalam kitab ini.
*mungkin byk istilah dalam ni ramai yang tak penah dengar...post seterusnya saya akan cuba terangkan sedikit maksud istilah-istilah dalam kajian ulum Hadith nie...insya Allah... semoga bermanfaat..aminnn...

8/12/2011
kajian Ulum Hadith
Alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah s.w.t. izinkan aku mengkaji kitab Ulum Hadith time sem 2 yang lepas....untuk refresh balik tentang kitab tu,aku rasa lebih baik aku kongsi kat orang skali...semoga ilmu ini diberkati Allah s.w.t...
Kitab ini dinamakan manhaj al-Naqdi fi ‘Ulum al-Hadith منهج النقد في علوم الحديث yang dikarang oleh Dr. Nur al-Din ‘Itir.
Dr. Nuruddin ‘Itir
Nama sebenar beliau ialah Nuruddin Muhammad Hasan ‘Itir (الدكتور الدين محمد حسن عتر) . Beliau dilahirkan di Aleppo (حلب) pada tahun 1937.
Beliau tamat sekolah menengah pada tahun 1958, dan mendapat gelaran doktor di Universiti al-Azhar pada tahun 1964 dalam aliran Tafsir dan Hadith. Kemudian beliau berkerja di Universiti Islam Madinah pada tahun 1965 sehingga 1966 dan di fakulti syariah Universiti Damsyik pada tahun 1967 sehingga 2002.
Beliau wafat pada umur 70 tahun kerana serangan kanser. Beliau jatuh dan koma pada 10 Muharram 1428 H dan dipastikan meninggal serta disolatkan jenazah pada 13 Muharram 1428 H bersamaan 3 Januari 2007 dan dikebumikan di perkuburan Baqi’.
Karya beliau ialah:
1. الإمام الترمزي والموازنة بين جامعه وبين المحيحين.
2. منهج النقد في علوم الحديث.
3. اعلام الاثام شرح بلوغ المرام من أحاديث الأحكام
4. معجم المصطلحات.
5. أصول الجرح والتعديل.
6. السنة المطهرة والحديات.
kandungan kitab ini akan disambungkan pada post akan datang insya Allah....semoga bermanfaat kepada pembaca....
- to be continue -

sulam bunga
alhamdulillah diberi peluang untuk sambung tentang menjahit...untuk tidak melengahkan masa kita terus kepada perkara pertama yang aku belajar la ye...iaitu "sulam bunga"...
sulam bunga ni nampak macam susah tapi sebenarnye xlah sesusah yang disangka n hasilnya sangat berbaloi...blh tgk cara sulam bunga ros di laman web ni klik ini
setelah aku belajar maka hasilnya mcm ni lah..
ni wat kat kain untuk test..belum mahir lagi...
ni pun sama...
ni hasil pertama...3 hari aku buat baru siap..sangat menguji kesabaran....aku guna benang biasa sb kehabisan benang tapi akhirnya berjaya juga...
ni la baju jabatan quran sunnah yang aku cakap tu...baju ni kosong xde pe2 corak pun...tapi skang da ada corak yang dibuat sendiri..alhamdulillah...lama jugak dok pk nak wat corak ape,last skali aku buka tnet cari corak n try tiru...ini lah hasilnya...alhamdulillah
ni last baju yang aku sulam..jubah khatam time dq dlu...senarnye,dok kt umah xde keje pe,so aku carilah baju yang kosong2,jmpe jubah nie...hehehe... design corak nie,shabat karib aku Cherawaida Chemong yang design....design secara spontan n xtau hasil mcm mne...bile da siap sulam,alhamdulillah xla buruk sangat kan....
sape2 minat untuk tempat sulam bunga pasni boleh la...insya Allah akan wat yang terbaik..hehehe...
nilah sedikit perkongsian pengalaman sulam bunga...ingatlah dalam melakukan apa jua pekerjaan,sama ada penting atau tidak, suka atau tidak, kita mesti wat dengan bersungguh2..hasilnya kita akan puas hati dengan apa yang kita lakukan, sama ada ia gagal atau berjaya sb kita dah wat yang terbaik....

8/11/2011
hobi baru time cuti
ape yang best dgn menjahit ek...aku pon xtau,yang aku tau aku minat menjahit...hehehe
aku penah tekad dalam diri aku,aku mesti bljr menjahit gn mak.....
cuti lama kali ni aku amik peluang untuk menjahit....masa awal2 balik mak sgt sibuk,xsmpt untuk ajar jahit baju....aku minta la mak ajar cara jahit manik,sb aku teringin jahit kat baju jabatan mcm kawan buat...tapi mak ckp kalo jahit manik susah nk iron...die pon ajarlah aku sulam bunga....da mahir sulam bunga barulah mak ajar jahit baju...pastu aku pon bljr jahit manik secara asas gn sahabat baik aku....kerana tamak nak pandai sume aku bljr sulam scarf melalui youtube...alhamdulillah menjadi...akan ku cerita satu persatu pengalaman tentang menjahit nie..n aku akn upload hasil2 yg aku dpt insya Allah..... to be continue...hehehe...

cadangan baru dari sahabat
bismillahhirrahmanirrahim.....
subhanallah,dah 3 bulan aku tidak buka blog nie....pasti ada perkara yang buat aku buka balik blog nie...ape ye agaknya......akan diberitahu akhir nanti...
hari ni 11 ogos 2011 bersamaan 11 ramadan 1432H, hari ni hari ke 11 umat Islam berpuasa, adakah 11 hari nie aku menjadikan Ramadhan kali adalah Ramadhan terbaikku...masya Allah,malunya dengan soalan ini....semoga aku dan semua mu'minin dan mu'minat mendapat Ramadhan yang terbaik pada tahun ini dan tahun seterusnya...aminnnnn....Ramadhan kali juga lah aku diuji dengan kesakitan,semoga ia sebagai kafarah dosa2 ku yang sangat banyak ini...
sepanjang 3 bulan yang aku tinggal banyak juga perkara penting yang berlaku....aku dapat belajar menjahit dengan mak aku, alhamdulillah mendapat result yang cemerlang (semoga akhirat juga cemerlang), dapat pergi bercuti bersama keluarga di pantai sakom, Thailand n Langkawi, Malaysia dan yang paling memberi pengajaran kepada hidupku ialah menjaga baby dan mentarbiah sepupu yang kecil kat umah ni...
dalam aku mentarbiah bdk2 kecil nie,aku juga ditarbiah oleh Allah s.w.t.... terasa kepenatan dalam mendidik seseorang untuk melakukan perintah Allah s.w.t. seperti solat, puasa, tutup aurat dan sedikit ilmu agama... memang aku dapat rasa keperitan dan kepenatan itu yang membuat diri ku nie hampir putus asa...tetapi alhamdulillah aku memotivasi diriku dengan kata2 seperti "andai anakku nanti jadi begini,adakah aku akan putus asa dalam mendidik mereka??".....dengan kata2 nie sangat memberi kesan kepada semangat aku,membangkitkan semula semangat yang hampir hilang.....semoga aku berjaya mendidik merekan dan diriku sendiri.....sabar...sabar...sabar....
akhir sekali,apakah perkara yang buat diriku buka balik blog ini ialah cadangan dari sahabatku Bazilah Zaki dari jordan agar aku hidupkan blog aku nie dengan perkara yang berkaitan dengan menjahit....aku mempertimbangkan dan aku rasa tidak rugi andai aku dapat kongsi dengan orang lain tentang sedikit ilmu menjahit yang aku dapat....ilmu Allah s.w.t sangat luas,makin kita mendalami makin kita rasa diri nie bodoh,hanya Dia yang Maha Mengetahui....aku akan cuba kongsi di blog ini insya Allah...semoga ia bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.....amin ya Rabbal 'alamin......

Subscribe to:
Posts (Atom)